Rabu, Mei 18, 2016

Digelar Ganteng! Khai Bahar Curi Perhatian Media Indonesia!


Penyanyi baru, Khai Bahar terus mendapat perhatian khalayak . Kali ini kehadiran Khai Bahar dalam industri seni mendapat perhatian stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi sebuah program hiburan mereka yang berjudul Silet.


Khai mendapat perhatian program Silet setelah videonya yang menyanyikan semula lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian asal Nike Ardila menjadi viral. Menerusi program Silet itu juga, dua orang penyanyi Indonesia, Soimah dan Nia Daniati memuji kebolehan yang dimiliki oleh Khai.


Video Khai menyanyikan lagu Sudah Ku Tahu, Listen serta Aku dan Dirimu juga menarik perhatian program Silet dan sedutan video nyanyian Khai turut disiarkan dalam program tersebut. - Astro Gempak.