Isnin, Mei 30, 2016

Berat Tak Naik; Uqasha Senrose Macam Orang Sakit



Bersua bicara bertentang mata dengan pelakon jelita Uqasha Senrose, jelas kelihatan berat badannya semakin susut sehingga seperti orang sakit gayanya. Malah, dia sendiri mengakui kurang gemar dengan susuk tubuhnya ketika ini.

“Saya makan seperti biasa, tiada istilah diet pun. Tapi itulah, berat tak naik-naik juga, sebaliknya semakin kurus pula. Saya pun tak tahu nak buat apa lagi, mungkin kerana kerja yang tidak berhenti kot?

“Sejujurnya saya terlalu kurus sekarang. Turun hampir 10 kilogram daripada 52 kilogram sebelum ini. Tapi kalau dalam gambar atau kaca televisyen, nampak seperti biasa sahaja, kan?” seloroh anak kacukan Kelantan-Siam ini.


Tidak menolak tekanan merupakan antara faktor yang menyebabkan dia terlalu kurus, Uqasha mengakui penglibatan dalam teater Ombak Rindu: Tiada Penghujung baru-baru ini membuatkannya tidak tidur malam kerana risau. - Utusan