Sabtu, Mei 21, 2016

Benarkah Kucing Diracun Dalam Kampus UTM Kuala Lumpur?



Pengarah Kampus universiti tersebut, Prof Dr. Durrishah Idrus tampil memberi penjelasan rasmi di Facebooknya semalam, berikutan viral kononnya berlaku penganiayaan terhadap kucing dalam kampus UTM Kuala Lumpur.


"Saya, Prof Dr Durrishah Idrus, selaku Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur, meminta Tuan-Tuan, Puan-Puan Terhormat berhenti mengviralkan kononnya ada penganiayaan berlaku terhadap kucing- kucing dalam kampus UTMKL sehingga lima ekor kucing mati dalam kampus.", nafi beliau.

Tambah Durrishah, gambar itu diambil dengan tujuan siasatan dan sebelum kucing itu ditemui mati, terdapat beberapa ekor anjing liar masuk ke dalam kawasan kampus berkenaan.

"Ingin saya tegaskan, gambar kucing-kucing itu diambil dengan kehadiran Pegawai-Pegawai keselamatan kami, utk tujuan siasatan kami, dan penanaman kucing-kucing itu selepas itu.

"Apa yg berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar. Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan.", jelasnya.