Sabtu, Mei 07, 2016

"Badan Sado Aset Berharga" - Sabhi Saddi



Pelakon dan penyanyi Sabhi Saddi sempat berkongsi tentang perihal sosok tubuhnya ketika ditemui media baru-baru ini.


"Saya tidaklah nak besarkan badan ini macam ahli bina badan, namun cukup setakat ini sedang-sedang sahaja. Lagi pun, semasa di gim saya elak dari mengangkat beban yang berat-berat dan lebih fokus untuk 'cutting' sahaja.

"Sebelum ini berat badan saya 89 kilogram dan sekarang berat saya 75 kilogram. Jenis pemakanan saya, kurang ambil masakan bergoreng sebab tidak sukakan minyak dan tidak mengambil gula atau makanan yang manis. Jadi saya tukar corak pemakanan saya kepada makanan yang dipanggang dan stim. Tambah lagi, bila keluar saya akan bawa buah seperti epal hijau," ujarnya sambil tersenyum. - MH