Isnin, Mei 23, 2016

Azwan, Ezzaty Nikah Lepas Aidilfitri


Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah kini sibuk membuat persiapan pernikahan yang dirancang pada Aidilftri ini.

Mereka tidak akan bertunang seperti mana pasangan lain sebaliknya majlis merisik yang diadakan sebelum ini dianggap sebagai ikatan untuk mereka berdua sehingga majlis pernikahan nanti.

Pada Mac lalu, keluarga Azwan merisik Ezzaty di kampung halamannya di Bentong, Pahang. Dalam majlis serba ringkas itu, keluarga Azwan turut membawa cincin untuk Ezzaty sebagai tanda.


“Apabila menyerahkan cincin, rasanya orang sudah faham yang kami mempunyai perancangan untuk bernikah. Jadi bertunang itu bukanlah satu kemestian, lagi pun hanya mengikut adat.

“Begitupun, kalau hendak dinilai kembali, zaman sekarang kalau kita menyerahkan cincin kepada kekasih hati, ia bermakna pasangan itu sudah bertunang.


“Tambah pula kalau hendak diikutkan, kalau kami bertunang sekali pun ia tidak manis kalau diheboh-hebohkan. Jadi pada saya dan Ezzaty, ada baiknya kami terus saja dengan majlis pernikahan,” katanya.

1 Komentar:

Write Komentar