Isnin, April 25, 2016

Zizan Razak Dapat Hadiah Kereta Sport Sempena Hari Jadi Ke-32




Pelawak dan pelakon Zizan Razak teruja sebaik sahaja melihat kereta Sport dihadiahkan peminatnya sempena hari lahirnya yang ke-32.

Bagaimanapun hadiah tersebut bukanlah dalam bentuk kereta sebenar tetapi sebiji kek kereta Sport dalam bentuk 3D yang ditempah khas oleh peminat kepada selebriti kesayangan mereka itu.

Reaksi Zizan ketika menerima kek tersebut turut dirakam dan dikongsi oleh kelab peminatnya melalui akaun Instagram ztf_official.

Selain itu, Zizan yang merupakan pengumpul kasut tersenyum sebaik sahaja menerima hadiah berupa sepasang ‘Nike Men’s Air Jordan’.

Sebagai tanda menghargai peminat, Zizan juga tidak ketinggalan merakamkan foto kenangan bersama para peminatnya sambil membuat pelbagai aksi lucu dan comel.