Selasa, April 19, 2016

Wan Maimunah Nak Kahwin Lagi Sebab Nak Mati Atas Pangkuan Suami



Perkahwinan terdahulu yang hanya mampu bertahan setahun dan penuh air mata tidak mematikan keinginan pelakon veteren Wan Maimunah untuk berkahwin lagi.

“Tidak malu untuk mengatakan pada umur sekarang, saya tetap mahukan seorang suami untuk menghabiskan sisa-sisa hayat yang ada. Alam perkahwinan itu bukan untuk orang muda sahaja, malah untuk setiap hamba-Nya yang sememangnya diciptakan berpasangan”

“Keinginan saya ketika ini adalah untuk mati atas pangkuan suami jika ajal saya sampai dahulu. Saya mahu jenazah dimandikannya. Itulah permintaan saya. Jika sebaliknya, begitulah yang ingin saya lakukan terhadap jenazah suami. Tiada lagi keinginan lain di kala waktu senja ini,” katanya kepada Utusan Online.