Isnin, April 04, 2016

[Video] Biar Tudung Murah; Janji Maruah Mahal!


Ramai yang cakap fasal keadaan kecoh baru-baru ini yang berlaku di HQ salah sebuah jenama tudung terkenal negara, apabila jenama tudung itu melancarkan jenama terbaharu mereka. Macam-macam yang netizen komen. Muzz malas ambil tahu, awalnya. Hari ni naik pula video tersebut di news feed tu di Facebook. 


Sekali pandang, memang rasa kasihan... Kasihan kepada mereka yang berasak-asak, berebut-rebut, tolak-menolak. Islam itu mudah dan indah. Wanita dituntut ditutup auratnya dengan berhijab untuk menutup pandangan ajnabi. Tetapi di manakah fitrah berhijab, jika tudung yang membungkus kepala itu lebih 1000 kali kuat tarikan pandangan mata LELAKI lantaran fesyen, warna, dan lilitan yang pelbagai rupa yang didirikan atas nama HIJABISTA!



Tudung Fareeda..
Posted by Ottoman Ibnu Othman on 2hb April 2016

Susah nak cakap sebenarnya. Bila kita komen, pasti akan ada yang cakap cemburu, dengki dan sebagainya. Nak berfesyen dalam ISLAM, boleh, tak salah. Ikut syariat yang ditetapkan. Tetapi sanggup membiarkan tubuh badan digomol, dan diraba semata-mata untuk mendapatkan sehelai tudung hanya kerana JENAMA, hanya rasa kasihan yang terbit semata-mata.