Jumaat, April 22, 2016

[Video] 3 Perompak Pecah Masuk Rumah Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha



Malang memang tidak berbau. Petang tadi pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Zaquan Adha masing-masing berkongsi video petikan daripada kamera tertutup CCTV yang memaparkan 3 orang perompak pecah masuk ke dalam rumah mereka di Pasir Gudang, Johor Bahru. 

Dalam video yang dikongsikan itu, jelas kelihatan perompak yang melompat masuk ke dalam kawasan kediaman pasangan berkenaan, dan dilihat mengeluarkan barang-barang daripada rumah itu ke dalam sebuah kenderaan yang dipercayai Toyota Wish berwarna gelap yang menunggu di luar rumah.

A video posted by ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Bagaimanapun, nilai kerugian masih belum didedahkan kepada umum. Apapun, baik Ayu Raudhah mahupun Zaquan Adha perlu periksa setiap inci rumah dengan teliti. Mana tahu ada pula perompak ini pasanga kamera, misalnya dalam bilik tidur, atau tandas, tak fasal-fasal muncul pula masalah lain!

Inilah risiko, bila kita update di laman sosial ke mana kita pergi! Tinjauan Muz, di kedua-dua IG pasangan ini memang masing-masing ada kongsi bergerak ke destinasi masing-masing. Tapi takkanlah 24 jam nak terkurung dalam rumah saja kan? Benda nak jadi... Sabar, sajalah!