Isnin, April 25, 2016

[Tutorial Bergambar] Resipi Kek Butter Pelangi Badam By Azlina Ina


Kali ini Muz kongsikan resipi kek butter luar biasa sedap daripada sifu Azlina Ina, yang tak pernah kedekut kongsi resipi. Bahan rahsia dalam resipi ini ialah serbuk santan! Jom, tengok bahan-bahan dan cara membuatnya. Kalau tak faham penerangan boleh rujuk gambar, setiap gambar ada nombor yang diletakkan pada hujung penerangan dengan simbol G2 dan seterusnya...


BAHAN-BAHAN

½ cawan butter atau marjerin
¾ cawan gula halus (kalau tak nak manis sangat letak separuh cawan)
Sedikit esen vanila
50 g serbuk santan atau 1 peket
3 biji telur
Pewarna (ikut suka warna ap)
1 cawan setengah tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Badam flake sebagi hiasan

CARA CARA MEMBUATNYA

  1. Satukan butter, gula dan esen vanila dan pukul sampai kembang. (G2)(G3)
  2. Masukkan telur satu-persatu, dan mix sampai sebati.(G4)
  3. Masukkan 1 peket serbuk santan dan mix rata. (G5)
  4. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama dengan baking powder sedikit-demi sedikit ke dalam adunan. (G6)
  5. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan letakkan warna kegemaran. (G7)
  6. Masukkan adunan dalam bekas secara berselang seli. (G8)
  7. Lepas siap masukkan dalam bekas akan nampak elok macam dalam gambar. (G9)
  8. Tabur badam atau ceri di atas sebagai hiasan. (G10)
  9. Panaskan oven 180 darjah 5 minit. Kemudian masukkan adunan dan turunkan suhu kepada 170 darjah dan bakar antara 25-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. Api atas bawah! (G12)
  10. Dah siap masak, keluarkan dari oven, biar sejuk, boleh potong, sedia dihidang dan nikmati keenakannya! (G13)