Ahad, April 24, 2016

Tasha Shilla Tersingkir; Minggu Ketiga Gempak Superstar


Selepas menyaksikan Ryzal dan Dazrin tersingkir pada Konsert Kedua Gempak Superstar. Malam ini tirai persembahan dibuka dengan tema OST Film. Maknanya, lagu-lagu yang dinyanyikan bukan sebarangan tau. Lagu-lagu yang popular dan hit.



  1. Raja Ilya - Pulangkan (Pontianak Harum Sundal Malam)
  2. Tasha Shilla - My Heart Will Go On (Titanic)
  3. Sofi Jikan - Memburu Impian (Gila-Gila Remaja)
  4. Izreen Azminda - Cinta Kristal (Hantu Kak Limah Balik Rumah)
  5. Arja Lee - Perpisahan (Cinta)
  6. Sherry Ibrahim - Meniti Hari (Tragedi Oktober)
  7. Elizad Sharifuddin - Pengemis Cinta (Pemburu Bayang)
  8. Nazim Othman - Tentang Dia (Tentang Dia)
Malam Gempak Superstar pada Minggu Ketiga ini diserikan dengan persembahan istimewa Erra Fazira. Juri undangan pula ialah suami kepada aktres Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim. Apabila keputusan diumumkan, Tasha Shilla diumumkan tersingkir.