Ahad, April 10, 2016

Sperma Brad Pitt Diguna; Angelina Jolie Mahu Ujian DNA Dijalankan


Hubungan pasangan selebriti Hollywood iaitu Brad Pitt dan Angelina Jolie dilaporkan goyang sekali lagi apabila Brad dituduh mempunyai anak dengan wanita lain.


Seprti dipetik Aceshowbiz, Angelina dikhabarkan meminta suaminya untuk melakukan ujian DNA selepas seorang penyanyi rock Amerika bernama Melissa Etheridge mendakwa Brad sebagai ayah kepada bayi yang dilahirkannya. Melissa yang dikenali sebagai pengamal hubungan sejenis telah menerima sperma daripada Brad Pitt untuk program bayi tabung ujinya.

Menerusi program itu, Melissa dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bailey dan Beckett yang sedang menginjak dewasa. Menurut sumber terdekat, Angelina tidak berpuas hati dengan kenyataan penyanyi itu bahawa mendapat sprema daripada suaminya untuk program tabung uji itu.

"Angelina sangat terkesan dengan khabar angin itu dan emminta Brad untuk segera membuat ujian DNA, Brad menganggap isterinya itu tertalu paranoid," ujarnya. - Mstar