Sabtu, April 02, 2016

Sinopsis Telefilem Fatin; Cerekarama TV3



SINOPSIS TELEFILEM FATIN

Mengisahkan Faz (Sharifah Amani), seorang penari kebudayaan yang hidup di tengah kota Kuala Lumpur di sebuah flat yang sempit. Prinsip hidupnya, tidak mahu fikir tentang masa depan kerana menganggap itu semua menyusahkannya. 

Suatu hari, Fatin (Yuyun Yuzlin), anak kandung Faz yang sudah 12 tahun ditinggalkan datang semula. Maka kehadiran Fatin di rumahnya mendatangkan situasi janggal. Untuk seorang wanita muda yang hidupnya ‘living for the moment’, dia kini terpaksa memikul tanggungjawab menjaga anak kandungnya.