Sabtu, April 16, 2016

Sinopsis Telefilem Auta; Cerekarama TV3



SINOPSIS TELEMOVIE AUTA TV3

Mengisahkan mengenai, Nizam (Shukri Yahaya) seorang pemuda yang malas bekerja telah jatuh hati pada Faridah. Walaupun pemalas dan tidak bekerja, Nizam seorang yang beragama, sering dilihat menghadiri ceramah dan beribadah di masjid. Ibu Faridah, Salmah (Delimawati) berharap Nizam dapat membantu mengubah sikap suaminya, Sulaiman (Mubarak Majid) yang malas untuk solat.

Awal perkahwinan, semuanya indah. Sejuk hati Salmah melihat anak menantunya solat berjemaah. Tetapi, hari demi hari, bulan berganti bulan, Nizam masih belum mahu bekerja. Faridah malu kepada ibu-bapanya kerana suaminya itu tidak bertanggungjawab. Sulaiman sudah mula bising kerana dia perlu membayar semuanya kerana dia memang terkenal dengan sikap kedekut.

Nizam pula sering menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan pelbagai hadis sebagai alasan kerana dia malas bekerja. Makanya, Faridah berpakat dengan Salmah untuk mencari hadis juga bagi menyedarkan Nizam. Banyaklah aksi lucu apabila Faridah dan Nizam berlawan-lawan hadis, hinggakan Faridah merajuk tidak benarkan Nizam masuk bilik pun menggunakan hadis juga. Faridah turut meminta pertolongan Ustaz Aziz (Da’i Hijrah), imam muda di kampung mereka untuk menyedarkan Nizam kerana dia takut dikatakan derhaka pula jika berkata tidak baik kepada suami. Sulaiman turut cuba menasihati menantunya itu dan memberi tanggungjawab untuk menjaga bengkelnya kepada Nizam, tetapi Nizam seperti tidak makan saman.

Sehinggalah satu hari Faridah dan ibunya, berpakat untuk berpura-pura terlibat dngan kemalangan untuk menyedarkan Nizam. Nizam masih lagi dengan sikapnya membacakan hadis tentang qada' dan qadar tentang kejadian yang berlaku supaya Faridah redha menerima nasibnya, Faridah merasa kecewa kerana Nizam tetap tidak mahu berubah. Dia nekad untuk berpisah. Adakah Nizam akan sedar dengan kelalaianya itu?