Ahad, April 10, 2016

Shera Aiyob Terpaksa Pujuk Zahiril Adzim



Pelakon dan pengacara Shera Aiyob terpaksa mengambil masa memujuk suaminya aktor Zahiril Adzim untuk menjadi pengacara bersama dalam program bual bicara Masam-Masam Manis terbitan TV Alhijrah. 

Shera, 30, berkata, pada awalnya Zahiril agak keberatan dan tidak berkeyakinan untuk mengalas tanggungjawab sebagai pengacara rancangan berkenaan. 


"Masa dapat tawaran untuk hadir uji bakat dia sudah beritahu saya bahawa tidak berkeyakinan untuk bercakap dihadapan kamera sebagai pengacara. 

"Namun saya pujuk dan yakinkan dia untuk buat bersama-sama serta bagi kata-kata semangat supaya dia setuju," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu.