Rabu, April 20, 2016

Salman Khan Tanggal Seluar Demi Sultan


Diarahkan oleh Ali Abbas Zafar, diterbitkan oleh Aditya Chopra di bawah label Yash Raj Films, aktor terkenal Salman Khan tampil di samping pelakon jelita Anushka Sharma dalam sebuah filem berjudul Sultan.

Dijadualkan ditayangkan sempena Aidilfitri tahun 2016 ini, filem ini mengisahkan Salman sebagai seorang ahli tinju (wrestler) yang menghadapi masalah dalam kerjaya dan juga kehidupan peribadi.


Apa yang menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat dan pemerhati industri perfileman Bollywood adalah tersebarnya gambar dan teaser filem Sultan, yang menampakkan Salman Khan yang sudah berusia 50 tahun itu dalam keadaan hanya memakai seluar dalam!

Sesuatu yang pasti, pelakon berbakat dan ternama luar negara seperti Bollywood dan Hollywood memang berani dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menjayakan watak.