Ahad, April 10, 2016

Review Gempak Superstar; Indah Khabar Dari Rupa?



Trending Worldwide tidak menjanjikan kehebatan dan kredibilit sesebuah program TV. Hal ini demikian kerana, yang diperkatakan di laman sosial, merangkumi segenap aspek sama ada puji mahupun keji.

Ternyata, episod atau minggu pertama Gempak Superstar memang lebih gempak khabarnya daripada hasilnya. Pendek kata indah khabar dari rupa. Bab pengacara, Scha Alyahya dan Sharnaaz Ahmad, okay. Tak adalah bosan atau ke laut sangat. Tapi dalam masa yang sama, memang jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan Jihan Muse dan Nabil Ahmad dalam Gegar Vaganza.

Kehadiran Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris sekadar nak baca komen dalam laman sosial seperti Instagram dan Twitter sahaja kot. Nak juga tiru serupa bawa Datuk Seri Vida, Pamoga Qu Puteh kan? Tapi maaf cakap aura Datuk Vida sangat tebal. Gelak Datuk Seri Vida pun dah boleh kasi gegar satu dewan.

Juri tiga orang. Dua yang tetap Amy Mastura dan Ogy Ahmad Daud. Undangan Michael Ang. Amy Mastura play safe sangat. Nampak sangat berhati-hati. As usual Kak Ogy memang jenis berterus terang. Michael Ang pun macam biasalah kecoh!

Konsultan, perlu ke mereka ni pun duduk sekali? Nampak sangat sengaja nak bagi ada adegan lawan pendapat antara juri dan konsultan sebab nak bagi havoc kan? Klise!

10 orang peserta. Wajar dipuji kerana menyahut cabaran. Bukan senang seorang yang bukan penyanyi profesional untuk menyanyi dalam pertandingan seumpama ini. Apatah lagi dengan konsep lakon dan nyanyi. Kena pula lagu yang perlu ada kaitan dengan babak lakonan. Memang sesuatu yang mencabar.

Pelakon undangan, yang rasa okay hanyalah Janna Nick dan Shukri Yahaya. Itupun dipanggil sebab nak promosi Suami Tanpa Cinta. Kalau panggil pelakon tambahn lelaki itu, ganti tempat Shukri tadi di samping Nazim, makin ke laut rasanya perfomance. Cuba setiap peserta, pelakon tambahan adalah pelakon undangan sedia ada dan popular dalam industri, mesti lagi gempak!

Apapun, minggu pertama yang tak berapa best, dan rasa macam buang masa juga tengok. Nasib buat two in one, jadi tak adalah rasa rugi sangat!