Jumaat, April 29, 2016

Resipi Ayam Perap BBQ




BAHAN-BAHAN

1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)

3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/margerin or minyak
1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUAT

  1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
  2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
  3. Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.


Tambahan:
  • Selain ayam, boleh juga guna sosej atau daging.
  • Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar-kelar sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
  • Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
  • BBQ lebih sedap jika diperap lebih lama.
  • Mula-mula perap sekurang-kurangnya  3jam dalam suhu bilik, lepas tu masukkan dalam peti sejuk.
  • Pada hari yang nak masak nanit, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.

 Sumber: Koleksi Resepi Masakan Ayam


1 Komentar:

Write Komentar