Rabu, April 27, 2016

Resipi Ayam Panggang Lada Hitam



BAHAN-BAHAN


1/2 ekor ayam size kecil
1/2 labu bawang putih - parut
2 inci halia - parut
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis/pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
Garam sedikit
Minyak zaitun

CARA-CARA MEMBUAT

  1. Gaul ayam dgn halia, bawang putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam. Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang-kurangnyanya 2-3 jam atau semalaman.
  2. Panaskan oven 180C. Curahkan minyak zaitun ke atas ayam (boleh tukar kepada butter) dan bakar selama 1 jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20 minit jiruskan air ayam yang keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.


1 Komentar:

Write Komentar