Jumaat, April 08, 2016

Rejab Review By Engku Muzahadin


Alhamdulillah, masih diberikan nafas meneruskan kehidupan. Biar setiap hari setiap anggota tubuh badan dan indera perbuat dosa, tetapi Tuhan Yang Maha Pengampun masih lagi memberikan nafas, untuk kita pergunakan sebaiknya...

Dengan izin-Nya jualah, malam ini maka hadirlah malam Rejab yang pertama. Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia yang akan hebat memperkatakan tentang hadith palsu tiap tahun menjelangnya bulan Rejab ini.

Apa, yang Muz mahu kongsikan di sini, anggaplah setiap 'ganjaran' yang diomongkan atau yang pernah kita dengar sebagai kurniaan Allah untuk setiap ibadat yang dilakukan pada bulan rejab ini sebagai motivasi atau batu loncatan untuk menggandakan amalan.

Dapat atau tidak ganjarannya, tolak ke tepi. Yang penting kita latih diri, ajar hati, untuk tingkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam bulan Rejab dan Syaaban ini agar lebih mudah untuk kita kuasa duakan setiap amalan pada bulan Ramadan.


Melewati bulan Rejab ini, Muz dengan ini membuka peluang REVIEW PRODUCT/ BUSINESS kepada tiga insan bertuah secara PERCUMA, tanpa sebarang SYARAT rumit. Caranya, tiga komen terawal pada ruang komentar di bawah beserta dengan satu tagline khas dengan judul, Rejab Review By Engku Muzahadin dan nama produk anda.

Contoh: Rejab Review By Engku Muzahadin - Pati Herba Sri Murni

Itu sahaja, dan Muz akan memilih jika  terdapat lebih daripada tiga penyertaan, dan akan menghubungi individu berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produknya. Itu sahaja, selamat mencuba!