Sabtu, April 23, 2016

Pernah Jadi Model Seluar Dalam; Ada Syarat Jika Mahu Nazrief Nazri Tayang Badan


Terpalit kontroversi apabila gambar-gambar dirinya hanya berselur dalam ketika sebuah pertunjukkan pakaian dalam sebelum dikenali ramai tersebar, bukan bermakna Nazrief Nazri rela disuruh buka pakaian di hadapan kamera.

Tidak menafikan, bahawa dia menerima banyak tawaran sama yang mahukan dirinya tayang badan, Nazrief Nazri akui letak syarat.



"Selepas foto-foto lama itu tersebar ia memberi persepsi kepada pengarah bahawa saya pelakon yang boleh atau rela tayang badan, saya terima bayak watak yang sama yang memerlukan saya tayang badan.

"Tapi saya sudah beritahu mereka bahawa saya juga ada syarat jika mahu saya berlakon mendedahkan badan kerana saya tidak mahu dikecam masyarakat sekali lagi kerana perkara yang sama," ujarnya kepada mStar Online.