Sabtu, April 23, 2016

Pemimpin Kerajaan Langit, Ayah Pin Meninggal Dunia


Menurut laporan akhbar Berita Harian, pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ariffin Muhamad atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin, 74, dilaporkan telah meninggal dunia jam 8.30 malam tadi rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut.



Kumpulan ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’ yang diasaskan oleh Ayah Pin sebelum ini telah disenaraikan sebagai kumpulan agama sesat oleh pihak berkuasa agama di mana mereka menjadikan Kampung Batu 13, Hulu Besut sebagai pusat menyebar idiologi sonsang berkenaan.

Pejabat Tanah Daerah Besut pada April 2005 telah mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.

Dulu, heboh kata Ayah Pin tak dapat dijumpai sebab dah naik langit, tup tap cakap dah meninggal sekarang. Hurmmm...