Ahad, April 10, 2016

Pelakon Popular Indonesia & Malaysia Sokong Ryzal Jaafar Dalam Gempak Superstar



Malam ini program realiti nyanyian Gempak Superstar akan bermula jam 9 malam di Astro Ria/Ria HD. 10 orang pelakon akan bertarung di pentas yang penuh glamor bagi merebut gelaran juara. Kalau nak tahu salah seorang daripada peserta Gempak Superstar, iaitu  Ryzal Jaafar dapat sokongan daripada pelakon popular Indonesia, iaitu Miller Khan!

Bukan Miller Khan  sahaja yang menyatakan sokongan, bahkan pelakon Nabila Huda juga tidak ketinggalan, malah, pelakon Uqasha Senrose dan Ayda Jebat turut menyatakan sokongan buat Izreen Azminda!