Jumaat, April 08, 2016

OST Drama Jasmine (TV3); Sejati Nyanyian Faizal Tahir


Drama Jasmine yang sedang ditayangkan di TV3 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9 malam nampaknya mendapat sambutan yang baik. Boleh dikatakan jalan cerita yang lebih menarik dengan mesej yang lagi bagus jika nak dibandingkan dengan drama Married Tapi Benci yang ditayangkan sebelumnya pada hari dan waktu yang sama tetapi dengan Slot Lestary.


Drama Jasmine didukung oleh Nelydia Senrose, Aqasha, Gambit Saifullah sebagai teraju utama. Since Aqasha merupakan salah seorang pelakon lelaki yang bagus dari segi mutu lakonan, dan secara personal Muz pun minat lakonan Nelydia, jadi drama Jasmine ni Muz follow.

Apa yang menarik adalah, bait-bait lirik lagu lewat suara yang gemersik diiringi muzik indah yang menjadi OST drama Jasmine di TV3 ini. Ya, penyanyinya Faizal Tahir. Lagunya berjudul Sejati. Tetapi hanya empat baris liriknya sahaja yang sellau diulang-ulang. Sebabnya, full version lagu ini masih belum lagi di-release!!

Jadi, enjoy dulu teaser lagu Sejati dendangan Faizal Tahir, OST Drama Jasmine. 


"Biar mati ku mencuba demi bahagia, biar sakit dilukai dapat ku rasa, Biar nadiku terhenti demi ke syurga, Biar selamanya mencari cinta sejati..."