Ahad, April 03, 2016

Nurse Biar Pesakit Terbaring Dengan Najis; Sibuk Sembang Di Pantry!



Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bercakap tentang kerjaya yang berurusan dengan manusia seperti jururawat pastinya berhadapan dengan pelbagai macam karenah. Tidak dinafikan lebih ramai yang mengkritik mereka yang terlibat dalam profesion ini jika dibandingkan dengan mereka yang tampil memuji jururawat secara terbuka.

Biasalah, seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit sama. Hari ini, seorang sahabat Muz berkongsi erita tentang kelakuan seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang. 

Alkisah, seorang pesakit tua yang tidak mampu bangun terbuang air besar atas katil maka banjirlah tempatnya dengan najis. Kejadian berlaku pada pukul 1.00 pagi! Pesakit tua itu memanggil nurse...

Nurse datang membebel, dan merungut sebab pesakit tak bangun dan pergi ke tandas. Kemudian, nurse tersebut berlalu pergi... Join, jemaah  dalam pantry, pakej sembang dan gelak ketawa, sampai boleh dengar hingga ke luar dari pantry.


Pesakit tua tadi??

Masih terbaring di atas katil bersama najisnya...

Nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak apalah, entry ini bukan nak judge sesiapa. Cuma bagi yang membaca, kerja keras, kumpul duit, ambil medical card, hantar orang tua kita jika perlu ke pusat rawatan berbayar.

Sebabnya, kalau anda complain pun, itu juga jawapan bijak yang akan diberikan segelintir manusia!