Ahad, April 03, 2016

Nakhoda Nurani Bertukar Kepada THE EM MAIL


First of all, thank you very much for all your supports to my blog. Seperti yang Muz selalu cakapkan, blog ini hanya bermula sekadar blog peribadi dengan rasa ingin tahu dan kenal apa itu blog? Bermula pada 2009, dan aktif mulai 2012. 

Awalnya, ada beberapa nama untuk blog ini. Muz pun tak ingat. Dan yang lekat lama, adalah Nakhoda Nurani. Ketika itu, Muz banyak kongsi tentang rasa dan isi hati sebagai manusia lewat penulisan yang berbunga dan madah.

Kekangan masa, perubahan kitaran hidup membuatkan seterusnya Muz banyak ambil intipati luar dan tempek di dalam blog ini.

Dan sudah lama juga Muz rasakan, judul Nakhoda Nurani sudah tidak relevan dengan tampilan dan kandungan blog ini dewasa kini.


Natijahnya, April 2016, Muz ubah tajuk blog engkumuzahadin.blogspot.com daripada Nakhoda Nurani kepada THE EM MAIL. Tentunya, EM itu simbolik Engku Muzahadin. Logo juga sudah berubah! 

Yang pasti url tetap sama. Masih tidak berhajat untuk mengubah kepada dot com sahaja. Sebabnya, kerjaya tetap sudah cukup sibuk. Menuntut komitmen tanpa mengira masa. Dah sebulan ni, Muz update blog pun dalam rasa terpaksa. Jadi biarlah terus dengan blogspot ni dulu.

Yang penting selagi ada yang menyokong selama itu anda akan melihat blog ini dikemas kini. InsyaAllah.

2 Komentar

Write Komentar
JAMIL HASHIM
AUTHOR
3/4/16 1:12 PTG delete

singgah petang... http://jmbelog.blogspot.my/

Reply
avatar
gulew kapas
AUTHOR
3/4/16 7:29 PTG delete

tahniah . logonya tampak lebih elegen ^_^ semoga terus menerus menulis menyebar kebaikan

Reply
avatar