Selasa, April 12, 2016

Menakutkan! Balasan Chat Budak Lelaki Dan Perempuan Umur 9 Tahun


Kalau era 80-an dan 90-an dulu, manalah nak ada gajet yang canggih. Aplikasi sosial pun tak wujud lagi. Tetapi zaman sekarang semua dah berubah. Bukan salah zaman. Bukan juga salah teknologi. Tetapi salahkanlah diri sendiri, apabila berlakunya kepincangan sebegini.


Screenshot perbualan antara dua orang kanak-kanak, lelaki dan perempuan berusia 9 tahun yang tersebar luas, jelas menunjukkan ketirisan generasi muda dalam membina akhlak yang baik. Apakah normal, kanak-kanak berbalas mesej tentang suka, cinta dan sayang?

Siap, ajak datang rumah, suruh pilih antara aku, dia dan dia... Kanak-kanak seusia 9 tahun begini sepatutnya sedang belajar membaca Al-QURAN, sedang berusaha menyempurnakan rukun-rukun dalam solat, di samping belajar pelbagai ilmu dunia yang lebih mustahak untuk dituntut.

Sayangnya, inilah yang terjadi kepada anak-anak muda dalam kalangan masyarakat dewasa kini. Lebih menyedihkan, yang terlibat adalah dalam kalangan Melayu yang bergama Islam.

Dalam hal ini, peranan dan tanggungjawab ibu bapa adalah cukup besar. Ajarlah anak anda kenal teknologi, tetapi biar manusia yang kuasai teknologi, jangan biarkan teknologi kuasai manusia.




2 Komentar

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
12/4/16 8:09 PTG delete

Dasyat tol..huhu

Reply
avatar
husna zahidi
AUTHOR
12/4/16 9:44 PTG delete

aiyokk! kdg diorg nih belajar dr pemerhatian.. banyak sgt terdedah dgn benda2 mcm nih.. pengaruh gadget jgk salah satunya.. kalau kat wechat tu bersepah bebudak dok mngaku konon ni aku pnya lah.. dapat tawu pon bila member share.. huhuu..

Reply
avatar