Selasa, April 12, 2016

Lebih Tenang Lepas Cerai; Fasha Sandha Dapat Hak Penuh Jagaan Anak



Mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas bercerai, Fasha Sandha dalam masa yang sama turut mendapat hak penjagaan penuh terhadap anaknya namun suaminya masih boleh melawat anak mereka bila-bila masa.

“Kami berpisah bukan kerana kehendak masing-masing tetapi kerana keadaan. Jadi selepas berpisah, hidup saya kini lebih tenang. Bagaimanapun hubungan antara saya dengan bekas suami masih baik kerana dia adalah ayah kepada dua orang anak kami” jelasnya kepada Media Hiburan.