Jumaat, April 29, 2016

Khai Bahar Bakal Jadi Artis Rakaman NAR Record


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Khai Bahar, yang dikenali menerusi laman sosial disebabkan kelunakan suaranya membawakan lagu-lagu mendayu terus menjadi viral usai video duet nyanyian bersama Siti Nordiana menggunakan aplikasi Smule terus mendapat perhatian meluas sama ada di YouTube, Facebook mahupun di Instagram.

Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, berkata, dia turut menerima pelbagai undangan dan permintaan untuk menjalani temubual daripada beberapa media dan stesen radio tempatan.


Sementara itu, Khai berkata, dia bakal menceburi industri hiburan secara serius tidak lama lagi selepas menandatangani kontrak di bawah label NAR Record.

Katanya, dia bakal datang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat bagi memulakan kerjaya sebagai artis dan merakam lagu pertamanya.

"Saya berasal daripada Perlis dan sejak tujuh bulan lalu saya berpindah ke Sarawak dan bekerja sebagai busking di sebuah kedai milik kawan saya.

Syarikat rakaman NAR Record sudah menawarkan kontrak sebagai artis beberapa bulan lalu sebelum saya jadi viral lagi. InsyaAllah akhir minggu ini saya akan ke Kuala Lumpur untuk persediaan sebagai artis rakaman," ujarnya.