Ahad, April 10, 2016

Kenali 10 Peserta Gempak Superstar; Astro Ria/Ria HD


Kejayaan program realiti nyanyian Gegar Vaganza Musim 1 dan 2 barangkali memangkinkan idea pihak penerbitan Astro Ria untuk hadir dalam satu lagi program realiti nyanyian melibatkan individu popular.


Jika Gegar Vaganza menampilkan semula penyanyi lama yang pernah hit dengan satu atau dua buah lagu, atau penyanyi yang pernah meletop pada era mereka kemudian senyap menyepi, lain pula dengan Gempak Superstar yang mula bersiaran 10 April 2016 ini.

Gempak Superstar menampilkan 10 orang pelakon, 5 lelaki dan 5 perempuan untuk bertanding dalam arena seni suara dalam merebut gelaran juara.

Jom kita kenal dengan 10 bintang yang akan bertanding dalam Gempak Superstar 2016!

  1. Nazim Othman
  2. Ryzal Jaafar
  3. Dazrin Kamaruddin
  4. Arja Lee
  5. Sofi Jikan
  6. Izreen Azminda
  7. Sherry Ibrahim
  8. Tasha Shilla
  9. Raja Ilya
  10. Elizad Sharifuddin