Selasa, April 19, 2016

"Kalau Kahwin Awal, Mungkin Sekarang Saya Sudah Bercerai" - Hans Isaac


Bila nak kahwin? Awat tak kahwin lagi? Kau tu bukan muda, nak jadi bujang terlajak? Siapa nak jaga bila dah tua nanti...?? Hah, itulah antara soalan puakan yang sering menghantui orang bujang. Barangkali itu juga yang dihadapi aktor terkenal Hans Isaac. 

Jom, baca luahan hati Hans Isaac ini!



“Saya tak pernah terlalu ambil hati walaupun memang ramai yang suka usik saya dengan perkara ini. Kalau kawan-kawan usik tu biasalah. Lagipun ini soal jodoh, yang mana semua orang tahu, jodoh tu datang dari Tuhan. Sebenarnya, dulu pun saya sudah bersedia tetapi jodoh tak ada”

“Tetapi saya berani katakan, seandainya saya berkahwin ketika usia saya 34 atau 35 tahun misalnya, saya rasa mungkin saya dah bercerai dah ketika itu. Saya tak pernah cakap mengenai hal ini sebelum ini sebab baru sekarang saya faham keadaan itu. Dulu saya mungkin tak faham mengenai komitmen dalam hubungan kerana tak matang,” katanya kepada Utusan Online.