Khamis, April 28, 2016

Irwansyah, Janna Nick & Zahirah Macwilson Dalam Drama 150 Episod



Kalau sebelum ini Astro tampil dengan projek kerjasama dengan TV Azteca, dengan adaptasi telenovela spanyol dalam remake versi tempatan, seperti Memori Cinta Suraya yang beratus-ratus episod, kini TV3 juga mengikut jejak serupa.

TV3, bukan adaptasi karya luar, sebaliknya mengetengahkan pelakon luar dalam produksi telenovela. Drama bersiri dengan judul DIA, sepanjang 150 episod menggandingkan pelakon lelaki popular Indonesia, Irwansyah di samping Zahiran MacWilson dan Janna Nick.

Kalau bab mutu lakonan rasanya bagi Muz, Zahirah kena improve banyaklah, jika hasil lakonannya di samping Shukri Yahaya tidak lama dulu dalam salah sebuah drama adaptasi novel Cik Cinderella Encik Tengku dijadikan ukuran.

1 Komentar:

Write Komentar
mieprosa
AUTHOR
28/4/16 12:09 PTG delete

Uish kena tgok ni hihi

Reply
avatar