Rabu, April 20, 2016

Hubungan Masih Baik, Alif Satar Nafi Sengaja Tak Nak Duet Bersama Siti Nordiana




Penyanyi Alif Satar menafikan bahawa pernah menolak untuk berduet dengan Siti Nordiana kerana penyanyi itu tidak popular lagi sebelum menjuarai Gegar Vaganza Musim Kedua.

“Siti Nordiana pernah cakap perkara ini juga kepada saya bahawa dia meminta untuk berduet dengan saya untuk lagu Tak Ada Cinta Sepertimu, namun apabila ketika sesi rakaman Aliff Aziz pula yang muncul. Mungkin suaranya lebih sesuai untuk lagu tersebut”

Apabila ditanya mengenai hubungan beliau dengan Siti Nordiana selepas beliau dikatakan disindir oleh penyanyi itu kerana menolak pelawaan duet bersama, Alif berkata, hubungan mereka baik sahaja kerana Siti Nordiana juga memahami perkara ini berlaku bukan atas kehendaknya.