Ahad, April 17, 2016

Histeria Terus Mengganas Di SMK Pengkalan Chepa 2



Semua pintu pagar SMK Pengkalan Chepa 2 ditutup kepada pemberita pada Ahad, tetapi suara jeritan kedengaran dari arah bilik darjah, di mana pelajar-pelajar sekolah itu sebelum ini telah diserang histeria.

Sekolah ini telah ditutup selama tiga hari sejak Khamis lalu untuk membenarkan bomoh, ustaz dan pengamal tradisional Islam 'membersihkan' tempat itu daripada roh-roh jahat. Bagaimanapun ia nampaknya tidak berhasil.

Wartawan dan jurugambar, yang 'berkampung' di hadapan sekolah itu terkejut apabila mendengar jeritan dan laungan yang datang dari kawasan sekolah.


Pentadbiran sekolah telah mengadakan sesi membaca al-Quran selama dua jam dan mengadakan solat jemaah dengan pelajar.





Difahamkan seorang bomoh Cina dari Perak dan pasukannya telah memasuki kawasan sekolah untuk membantu dalam situasi ini.

Kira-kira pukul 11.30 pagi, lebih banyak jeritan dan teriakan kedengaran dan percubaan pihak media untuk masuk ke sekolah tidak berjaya.

Pada Isnin hingga Rabu lepas, lebih daripada 100 pelajar perempuan dan lelaki serta guru didakwa terkena histeria sehingga sekolah ini terpaksa ditutup pada Khamis untuk mengelakkan lebih ramai pelajar dirasuk. - mstar

2 Komentar

Write Komentar
Ahmad Zaki
AUTHOR
18/4/16 10:28 PG delete

Dulu masa belajar pernah tengok mcm ni. Ramai yang kena. Dekat 8 orang sekali kena...

Reply
avatar