Sabtu, April 23, 2016

Guru Terpijak Ular Sawa Burung Trauma!



Pelik. Tak tahu hanya di Malaysia sahaja benda ni berlaku. Sedar tak, kalau ada satu kes berlaku dekat negara kita, mesti kes tu akan jadi bersiri. Kalau histeria, mesti ada lagi kes histeria kedua dan ketiga di tempat lain.

Ini bila ada budak sekolah kena patuk ular hingga meninggal dunia, ada pula kes yang sama melibatkan budak sekolah.  Hari ini Kosmo! pula melaporkan seorang guru terpijak ular sawa burung sehingga dimasukkan ke dalam hospital, dan turtu trauma.

Seorang guru wanita berusia 23 tahun trauma apabila terpijak ekor ular sawa burung ketika dia mahu mengambil barang di dalam sebuah stor berdekatan bangunan prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Perdana di sini kelmarin.

Mungkin kebetulan, atau mungkin juga sengaja disensasikan. Yalah, kalau tak ada kes pertama yang masuk akhbar dan media, selalunya tak adalah kes berikutnya mendapat perhatian kan?

Pak Guard cerita semalam ada orang nampak 7 ekor anak ular tedur selar belakang pagar sekolah. Pakat dah beli belerang tabur belaka. Semak samun dah dibersihkan segala. Musim panas macam ni, kena hati-hatilah.

Tapi kasihan juga bila binatang seperti ular ini terpaksa dipukul hingga mati seperti kes yang berlaku di Alor Setar oleh guru wanita berusia 23 tahun berkenaan. Apapun, berhati-hatilah...