Khamis, April 28, 2016

Dialog Drama Duda Terlajak Laris Membosankan?!


Seronok macam mana sekalipun drama dalam Slot Akasia, TV3, Muz memang tak pernah addicted, sebabnya waktu tayangan yang kurang sesuai membuatkan Muz malas nak ikut. Walaupun ada Tonton, boleh tengok online atau download, tapi malaslah...

Hari ini saja buka TV3, tengok drama Duda Terlajak Laris dalam Slot Akasia.  Nak tahu apa komen, Muz? Okay, pencinta drama ini tolong jangan kecam saya! :P


  • Kenapa eh, dialog dalam drama ni macam dibuat-buat sangat? Nampak macam tak natural?!
  • Scene fitting baju, dan nak cakap baju pengantin tu lawa pun ambil masa berjela-jela. Daripada dalam butik, bual di dalam kereta, sampai Ayu ni jumpa mak dia dan sembang pun tak habis lagi fasal baju. Muz tengok macam buruk ja baju tu! Hahaha...
  • Beza gila dengan cerita Tuan Anas Mikael, baru saja tau datuk si Ayu Maisarah meninggal, tup tap dah kebumi simpan habis dah. Muz lagi suka macam tu, tak payah describe detail bagai. Nak detail-detail pergi baca novel!
  • Ramai yang puji dan kata Idris Khan boleh jadi pelakon yang bagus. Bagi Muz sendiri, Idris ada bakat, tapi kena banyak belajar. Terutama, nak bagi acting jadi lebih natural, dan ekspresi wajah yang lebih asli, tak dibuat-buat!
  • Dan isi perbualan, antara suami kakak Zack, dengan bapa mertua, ibu mertua, dengan isteri dia pun, nampak bosan gila kot. Lusa adik ipar kau nak kahwin, baru hari ni kau nak tanya dia nak nikah pukul berapa, dekat mana bagai?
Sebenarnya, Muz bukan ada apa-apa masalah dengan sesiapapun dalam team drama ni. Sekadar pandangan peribadi. Mungkin nampak kejam, sebab nak membuat keputusan, tapi baru tengok sekerat dua dalam beberapa episod.

Cuma, rasa ghairah serupa tonton Zahira hujung 2014, dan Tuan Anas Mikael hujung tahun 2015, tak rasa sangat. Begitu juga Hidayahmu Ramadan yang best, tapi tayang waktu orang tarawih, memang tak follow selalulah...

Harap-harap akan adalah naskhah yang boleh tawan hati Muz tahun ini... :)


1 Komentar:

Write Komentar
timm bill
AUTHOR
29/4/16 12:24 PG delete

huhu, zara zya pun lmbt sgt kluarnya..huhu..

Reply
avatar