Ahad, April 17, 2016

Clever Girl Cipta Drama Singkir Dua Peserta; Ku In Dan Aqeela Jadi Mangsa



Tertengok Clever Girl minggu ini, saat pusingan penentuan juara mingguan dan pusingan penyingkiran. Pada minggu ini Clever Girl dari Melaka dinobatkan sebagai juara mingguan, dan diberikan keistimewaan untuk meletakkan empat peserta tercorot dalam dua kumpulan untuk pusingan penyingkiran.

Jane dan Annur, manakala Ku In dan Aqeela dipasangkan. 4 soalan diajukan Aliff Satar. Soalan pertama dan kedua juga ketiga jawapan yang diberikan semuanya salah. Dan soalan terakhir untuk pasangan Jane dan Annur menyelamatkan mereka.

Natijahnya, Aqeela dan Ku In menghadapi penyingkiran dua peserta sekali gus, yang pertama berlaku dalam Clever Girl Malaysia 2016.

1 Komentar:

Write Komentar
MG schmidt
AUTHOR
17/4/16 11:36 PTG delete

tak pernah tgk cte ni.. bape org lg tgl?
bila nk habis? hehe

Reply
avatar