Selasa, April 19, 2016

Che Ta Nafi Hamil Lagi!


Satu kapsyen yang dimuat naik bersama wajah anak kesayangan Che Ta, Aaisyah membuatkan ramai pengguna laman sosial Instagram yang mengikuti aktres Rozita Che Wan, menganggap dirinya hamil lagi.

Bagaimanapun, isteri kepada Zain Saidin itu tampil menafikan anggapan orang ramai berkenaan.


Tidaklah, mana ada saya hamil. Kapsyen yang ditulis di akaun Instagram sekadar suka-suka sahaja. Tidak tahu pula orang lain ambil serius. Buat masa ini belum ada sebarang perancangan untuk tambah ahli keluarga. Lagipun usia saya bukannya muda lagi.