Isnin, April 11, 2016

Blurb Preview; Lelaki Idaman





"Nama saya Mel. Cikgu Mel. Nama penuh Melina Binti Samad," ujar Melina, berusaha sebaik mungkin mengusir rasa terpukul yang tiba-tiba hadir.
Sepi. Kalaulah ada cengkerik yang nakal, pasti suaranya dapat didengar dengan jelas.
“Nama cikgu siapa?”
“Idham.”
“Nama penuh. Kalau Idham tu saya dah tahu.”
Mengecil sorotan Idham. Wajahnya didekatkan pada Melina yang berketinggian hanya mencecah bahunya.
“Awak kutip kertas atau awak kutip maklumat tadi?” - Idham.