Selasa, April 19, 2016

Bakal Bergelar Bapa; Fahrin Ahmad Gembira Isteri Lepaskan Jawatan Pramugari


Isteri kepada pelakon Fahrin Ahmad sudahpun berbadan dua. Lama tak dengar sebarang khabar tentang Fahrin Ahmad sejak bergelar suami kepada Elena, yang berkerjaya sebagai seorang pramugari.

Fahrin Ahmad sempat berkongsi tentang perihal kehamilan isterinya yang turut telah meletakkan jawatan sebagai pramugari hujung Januari lalu.


Alhamdulillah, semuanya menunjukkan perkembangan yang sihat setelah menjalani pemeriksaan buat kali kedua, baru-baru ini. Cuma apabila masuk ke peringkat ini, Elena sudah mula rasa sakit belakang, pinggang dan lenguh-lenguh kaki. Mungkin ramai yang belum tahu atau tidak perasan, Elena sudah pun meletak jawatannya pada hujung Januari lalu dan kembali ke Malaysia. Saya lebih senang dia berehat, apatah lagi ketika hamil.