Ahad, April 24, 2016

Arina (Selangor) Dan Sara (Terengganu) Tersingkir; Clever Girl Malaysia Cetus Wild Card



Minggu ini rebutan juara mingguan Clever Girl Malaysia, menyaksikan Jane dan Aliana menjawab tiga soalan cepumas. Menyaksikan Aliana dari Melaka berjaya mengenepikan Jane dari Perak.

Aliana yang berjaya dalam pusingan ini diberi kelebihan memasangkan 4 orang peserta Clever Girl Malaysia yang berada di tangga tercorot. Pulau Pinang dan Pahang dipasangkan, manakala Selangor dan Terengganu pula diletakkan sekali.

Pasangan Celver Girl Malaysia boleh berbincang, dan diberikan masa selama 20 saat namun tiada lagi Tanya Malaysia.

Soalan pertama dan kedua untuk Pulau Pinang dan Pahang berjaya dijawab. Sebaliknya, soalan pertama dan kedua buat pasangan Selangor dan Terengganu gagal dijawab. Arina dan Sara tersingkir daripada Clever Girl Malaysia 2016.

Clever Girl Malaysia sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan wild card, apabila Malaysia diberikan kuasa untuk mengundi salah seorang peserta yang pernah tersingkir bermula episod pertama sehingga malam ini untuk kembali bertanding.