Selasa, April 26, 2016

Aidil Zafuan Diarah Bayar RM68530; Zaquan Adha Rugi RM200000



Mahkamah Tinggi Syariah hari ini, memerintahkan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak yang diwakili peguam Rushdan Sujak, membayar tunggakan nafkah berjumlah sebanyak RM68,530 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar.

Memetik laporan Berita Harian Online, Hakim Syarie Mawardi Che Man turut memerintahkan pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu membayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding perbicaraan itu. Mahkamah juga turut memerintahkan defendan membayar kedua-dua jumlah itu dalam tempoh masa 45 hari bermula hari ini.

Terdahulu, rumah persinggahan kembar Aidil Zafuan, Zaquan Adha dimasuki perompak dan kerugian hampir RM200 ribu apabila pelbagai beg tangan dan jam tangan jenama mewah milik Zaquan dan isterinya, Ayu Raudhah dikebas 3 orang perompak.