Jumaat, Mac 25, 2016

Zul Ariffin Tanpa Baju Untuk Men's Health Malaysia


Men's Health Malaysia merupakan majalah kesihatan lelaki yang sekian lama bertapak di negara ini. Men's Health diterbitkan di kebanyakan negara sebagai majalah bulanan. Beberapa selebriti popular tanah air tidak ketinggalan menjadi penghias muka hadapan majalah ini.



Antaranya, Adi Putra, Aaron Aziz, Fizo Omar, Datuk Sheikh Muszaphar, Khairy Jamaluddin, Nabil Ahmad, dan Nazim Othman. Menariknya, kebanyakan mereka mengenakan t-shirt muat-muat badan, sendat atau sleeveless sebagai penghias muka hadapan.


Dalam keluaran terdahulu, daripada nama selebriti lelaki yang disenaraikan pernah muncul sebagai kulit hadapan majalah tersebut, hanya Nazim Othman berani tampil tanpa berbaju. Dan untuk keluaran terkini Zul Ariffin pula tampil macho tanpa baju, dengan badan sadonya pada kulit hadapan majalah Men's Health Malaysia.





1 Komentar:

Write Komentar
timm bill
AUTHOR
25/3/16 9:53 PTG delete

wah! abg sadoooo!!

Reply
avatar