Ahad, Mac 27, 2016

Yatt Hamzah Kemalangan Teruk Di Karak!


Menerusi laman sosial Instagram milik selebriti Yatt Hamzah, status terbaharu yang di-update menunjukkan sebuah kenderaan berupa kereta berwarna putih yang mengalami kemalangan teruk di bahagian hadapan.


Yatt Hamzah, adik ipar dan sahabatnya mengalami kemalangan teruk di Lebuhraya Karak semasa memandu ke arah Kuala Lumpur dari temerloh sebelum Maghrib tadi. Status tersebut memohon para followers mendoakan Yatt Hamzah diberikan kekuatan menempuhi trauma yang sedang dialaminya.

Alhamdulillah, ketiga-tiga mereka selamat. Tambah status itu lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu mereka tadi.