Ahad, Mac 13, 2016

Wanita Tampar Shahrukh Khan!


Selebriti terkenal Shahrukh Khan tanpa berselindung mengakui pernah ditampar seorang wanita tidak dikenali apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Mumbai lebih 30 tahun lepas.

“Saya menyangkakan tempat tidur dalam gerabak kereta api itu kepunyaan saya kerana telah membayarnya.


“Saya ditampar seorang wanita yang memberitahu tempat tidur itu kepunyaan semua orang, bukan milik saya seorang.

“Dia menampar saya dengan kuat sehingga menyebabkan saya tergamam,” ujarnya.