Isnin, Mac 28, 2016

[Video] Mahar Nikah Paling Romantis; Lelaki Ini Hadiahkan Hafazan Surah Ar-Rahman



Kecoh hari ini apabila dikatakan seorang pengantin lelaki dipukul, dan majlis akan nikah tak jadi di sebuah masjid di Kuala Lumpur apabila pengantin lelaki tidak melunaskan baki 5 ribu ringgit daripada 15 ribu ringgit yang diminta oleh pihak pengantin perempuan.

Kita tak tahu apa masalah sebenarnya, tetapi gaduh sebegitu rupa di masjid dan tersebar sampai keluar muka hadapan Kosmo! memang sesuatu yang sungguh memalukan.


Muz, dah tengok video pengantin lelaki di Indonesia yang maharnya hafalan surah Ar-Rahman yang sungguh syahdu mengisi ruang masjid majlis akad nikahnya. Dan Muz tampilkan videonya di sini untuk tatapan umum.


Buat perbandingan, ambil pengajaran. Nikah itu mudah kenapa harus dirumitkan?