Selasa, Mac 29, 2016

Tutorial Bergambar Puding Karamel Rendah Lemak By Azlina Ina



Ramai yang suka makan puding karamel kan? Tapi kalau puding karamel manis sangat pun tak baik untuk kesihatan. Jadi kalau nak jaga badan, boleh saja buat sendiri, adjust sana sini sukatan. Yang penting kena dengan selera. Hari ni Muz share resipi puding karamel rendah lemak, hasil perkongsian sis Azlina Ina, boleh terjah FB beliau, sangat pemurah dengan pelbagai resipi manisan! Okay, jom follow step by step.


Langkah pertama, cairkan 1 senduk kecil anggaran 8 sudu besar gula perang/gula kabung/gula melaka kikis setengah cawan. Kalau guna acuan plastik boleh letak 3 sudu besar air panas lepas gula cair dan kacau laju-laju sampai semua cair. Kalau pakai acuan loyang tak payah letak air.


Tuang dalam acuan dan biarkan sejuk seketika. Bahagian tepi bekas yang tak ada gula, sapu air guna tisu. Tujuan nak bagi puding tanggal bila dah siap nanti.


Bahan – Bahan Puding: 1 tin susu cair rendah lemak tanpa kolestrol, ¾ cawan gula perang dan sedikit esen vanila. Blender dahulu tiga bahan ini.


Kalau nak puding cantik dan tak berlubang, kena tuang adunan yang dah di-blend tadi dalam 3 biji telur omega plus, iaitu telur kurang kolestrol.


Kalau dah masuk dalam telur, kocak-kocak guna garfu sampai rata putih telur dan kuning telur, atau blend dalam 2 minit.


Masukkan dalam acuan yang dah dituang gula tadi, dan kukus 30 minit dalam api sederhana sampai puding pejal.



Terbalikkan puding bila dah agak suam, masuk dalam peti ais, bila dah sejuk, makanlah, tunggu apa lagi!