Sabtu, Mac 12, 2016

Sinopsis Telefilem Takraw Kampung; Skrin Di 9, TV9


SINOPSIS TAKRAW KAMPUNG

Mengisahkan Lan (Syafiq Kyle), seorang pemuda kampung berusaha untuk menjadi pemain takraw hebat demi mengharumkan nama baik kampungnya, Kampung Pecah Tembelang yang telah tercemar setelah kalah ketika perlawanan persahabatan dengan Kampung Mulut Tempayan.



Lan mula berguru dengan Sifu Rahman, iaitu bekas pemain takraw negara. Mereka sepasukan mula dilatih seperti komando. Apabila tiba hari perlawanan, mereka terpaksa berentap dengan salah seorang ahli kumpulan lawan yang handal dari Thailand dibawa khas oleh pasukan Kampung Mulut Tempayan. Bagaimanakah pasukan Kampung Pecah Tembelang meneruskan permainan itu? Berjayakah misi mereka?

Jangan ketinggalan untuk saksikan telefilem Takraw Kampung yang akan ditayangkan menerusi slot Skrin Di 9. Menampilkan gandingan pelakon muda Syafiq Kyle, Issey Fazlisham, dan Azizul Ammar yang berusaha mengharumkan nama baik kampung mereka dalam pemainan sepak takraw. Serta penampilan istimewa Azlan Mubin, bekas pemain sepak takraw kebangsaaan. Telefilem arahan Nazir Jamaluddin itu akan disiarkan pada hari Isnin, 14 Mac jam 8.30 malam di TV9.

1 Komentar:

Write Komentar
At-Tarmizi
AUTHOR
13/3/16 1:07 PTG delete

owh...nampak menarik...kena tonton ni =)

Reply
avatar