Ahad, Mac 13, 2016

Sharnaaz Ahmad Sedia Terima Jodoh Dengan Kakak Neelofa


Pelakon Sharnaaz Ahmad berharap hubungannya dengan kakak Neelofa, Noor Nabila, akan berakhir ke jenjang pelamin. Bagi Sharnaaz, pada usia yang sudah pun mencecah 30 tahun, dirinya memang sudah bersedia untuk menjadi suami. Bintang drama Suamiku Encik Sotong itu sudah mengenali wanita berkenaan sejak Julai tahun lalu dan sepanjang tempoh percintaan mereka, hubungan kedua-duanya juga pernah 'putus' seketika. Malah, mereka pernah memadamkan gambar berdua di laman sosial Instagram. 



"Biasalah, waktu itu kami sedang 'bergaduh manja' sampai merajuk dan sentap. Maka keluarlah segala emosi ala muzik 'heavy metal'. Biasalah juga kalau bergaduh macam itu, sampai 'unfollow' laman sosial masing-masing. "Bagaimanapun sejujurnya saya seronok di sisinya. Kalau ada jodoh dengannya, saya tidak menolak. Ia memang kedengaran agak klise. Cuma, dalam soal ke arah itu (perkahwinan), biarlah ia terjadi tanpa tekanan sesiapa," kata Sharnaaz yang baru saja selesai berlakon dan mengarah telefilem sulung berjudul Lukisan Cinta. - BH