Selasa, Mac 15, 2016

Salman Khan Enggan Dicalonkan Dalam Anugerah


Selepas 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni, pelakon hebat Salman Khan akui pencalonan atau kemenangan dalam sesebuah anugerah tidak lagi penting buat dirinya.

Malah, pada masa sama, dia akui perkara itu seharusnya lebih layak diberikan kepada generasi pelakon pelapis yang kini sedang mewarnai industri Bollywood.

“Sekarang penghargaan seperti itu bukan lagi kepentingan saya malah, saya lebih selesa jika ia diberikan kepada pelakon baru yang lain.


“Bagi saya penghargaan ini juga layak diberikan kepada semua pelakon yang sedang berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

“Selepas ini saya tidak mahu tercalon di manamana anugerah kerana selepas 25 tahun, saya harus memberi laluan kepada pelapis yang lain,” katanya menerusi Indian Express.com.


Bagaimanapun, Salman memberitahu dia tetap akan terus aktif dalam bidang lakonannya dan bakal tampil dengan filem Sultan. - Sinar